Saturday, December 31, 2011

Sayangi Selangor dan Selamat Tahun Baru ..

salam2 rakan2 blog ..

sempena karnival Sayangi Selangor yg akan diramsi kan oleh PM mlm ni di I city ..
menjelang ketibaan tahun baru yg jaraknya tk la jauh dari rumah aby ..
teringat pula masa memilih destinasi percutian sempena cuti sekolah ...

pilihan aby kali ni,
kt selangor jer ..
kira sematkan semangat Sayangi Selangor juga la kot ..
pilih punya pilih,
akhirnya tempat ni yg kami pilih ..



dah beberapa kali kami datang ketempat ni,
cuma tk pernah bermalam ..
tp kali ni kami nak bermalam ni resort ni ..

nak rasakan tido bertemankan bunyi
derusan air jeram sungei ..

booking utk bilek yg ni tp tk dapat ..
frust juga ..
sbb tk dapat bilek di bibir sungei ..



yg dapat, bilek ni ..
tp ngam juga ..





pemandangan dari bilek kami ..



best cafetaria dia ..
sambil makan minum boleh tengok aktiviti di sungei ...



mungkin yg paling best adalah ..
tempat ambil wuduk kt surau ..
guna air dari water fall ..
sejuk air nya ..



aktiviti lain yg kami tengok ..



banyak grup2 santai menjamu selera yg mereka bawa dr rumah ..


geng "Blue" hepi dengan aktiviti mereka ..



geng2 main pelampung atau tubing ..
ngikut instrustor dia ..
permainan ni utk beginers jer ..



pemandangan diresort tu ..









tk dilupakan ..
tempat utk kanak2 ..
suka anak aby mandi kt sini ..
kata nya kurang sejuk ..



sekadar beberapa gambar utk di kongsi ..

ternyata,
negeri selangor pun tk kurang tempat menariknya ..
banyak aktiviti kt sini,
dari progrm team building hingga la ke X game dan laluan pacuan 4 roda ..
kira tk rugi bertandang ke sini ..

tk lupa,
sempena ketibaan Tahun Baru yg disambut tengah mlm ni,
aby ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kpd semua yg menbaca entri ni ..
semoga kalian semua didalam perlindungan, keberkatan dan kerahmatan allah swt ...

wasallam ...

Thursday, December 1, 2011

Memburu Sebarau di Tasek Kenyir ....

salam rakan2 blog ...

nak kongsi crita trip mancing aby di tasek kenyir minggu lepas ..

seawal azan subuh aby dah terpacak di masjid kampong Gaoung Kuala Berang ..
teruja sikit sbb masa tu pagi jumaat, teringin nak dengar imam kuala berang baca surah sajdah .. bila solat imam baca sabihis dah al ghasyiah ..
lps solat ada kuliah subuh ..
baru aby perasan.. trengganu cuti hari jumaat ..
sbb tu ada kuliah subuh .. dan tk baca sajdah sbb ambik masa lama bila bersolat ..

selesai solat lepak kt satu gerai makan sambil pekena nasi lemak ..
temujanji dengan bot kt kenyir adalah pukul 7.00 pg ..
tu yg relak2 sikit ..

lps tu melalui Jenagor ..
menuju je Jeti Tasek Kenyir ..
melalui pintu stesen janakuasa TNB ...

cantik dan aman tempatnya ..
ada beberapa waterfall disini ..



selesai urusan permit kemasukan,
naik keatas utk ke pengkalan jeti tasek kenyir ..
ketika berada diatas bukit tempat parking..
nampak tasek kenyir dibawah ..



kumpulan2 kaki pancing yg sedang menunggu ketibaan riverboat mereka ...



gamba bot sebelah kami ..
tengah bersiap siap nak bergerak.



dalam perjalanan menuju lubuk ikan ..
gambar permandangan ditengah tasik ..



dikata, kedalaman nya melebihi 400 kaki



antara river boat lain yg kami jumpai ..







setelah 5 jam perjalanan dan jarak dikata 40 km dari pengkalan, lubuk memancing dah ditemui, siap ada tempat persinggahan lg ...
kerja2 mengikat tali pd pengkalan dimulakan ..



gamba pengkalan mancing yg terletak pd penghujung tasik kenyir ..



bila dah sampai ...
siapkan apa yg patut ...



yg diburu dah dinaikan ...



dah terliur terbayang sedapnya gulai tempoyak sebarau ...



bersambung lg ....

Thursday, October 20, 2011

Menjelang Himpunan Sejuta Umah ,,

salam rakan2 blog ..
lama aby tk update blog ..

bila terbaca psl Perhimpunan sejuta Umah yg akan diadakan dalam tempoh terdekat ni
bagi menyelamatkan akidah serta utk menyekat perbuatan memurtadkan org islam agak menarik juga utk aby tumpang bersembang ..

bagus niat penganjur sbb akidah bukanlah la sesuatu yg boleh dipertaruhkan.
ia nya adalah sesuatu yg harus dipertahankan oleh setiap orang2 islam sendiri.

akidah sendiri adalah bersifat tetap, tidak berubah disemua zaman, tauhid yg menyeru manusia utk bebas dari pegangan pengabdian dan penyembahan kecuali Allah SWT sahaja.
sedari dari Nabi Adam as hingga ke Nabi Muhammad saw akidat nya tetap sama, menyembah allah yg maha esa dan tidak menyekutukan nya ..

berbalik kepada perhimpunan yg akan dibuat nanti ..
utk mengingatkan ugama lain supaya tidak senang2 mempermainkan Islam sebagai ugama rasmi dan jgn dengan mudah menyebarkan dakyah lain kpd org islam nampak berjaya.

tp dalam dalam masa sama perlu mengingatkan kan umat islam sendiri tentang pentingnya akidah disemat didalam hati tanpa sedikit keraguan dan was was. perlu di yakini pernyataan2 yg terbukti kebenaran tanpa perlu dibuktikan, diterima kebenaran menerusi akal yg waras, didengar daripada sumber wahyu dan diterima secara semula jadi oleh manusia yg kemudiannya menyimpul kemas dalam hati, disemat secara kemas secara pasti kesahihan nya, menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya ...

dalam hadith jibril ..
dalam kata lain hadith ni adalah ibu kepada hadith2 yg lain,
jika alquran diumpamakan surah al fathihah,

dalam cerita hadith jibril ni Nabi dia datangnyi oleh tetamu yg bertanya kan beliau tentang, islam, iman dan ehsan ..
dan nabi menjawab segala pertanyaan tetamu ni ..

aby tertarik bila tetamu ni bertanya tentang iman ..

'Sampaikan kepadaku tentang apa itu iman!' Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, 'Iman itu, engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir, serta beriman kepada takdir baik maupun buruk.' Orang tersebut menyahut, 'Kamu benar. Sampaikan kepadaku tentang apa itu ihsan!' Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, 'Ihsan itu, engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihatnya. Jika engkau tidak bisa, maka sesungguhnya Allah melihatmu.'

rupanya tetamu yg bertandang dan bertanya nabi saw tu adalah malaikat jibril ..

yg aby nak ketengahkan adalah teguhkah akidah dalam diri kita dan kawan2 kita ..

kita percaya tentang kewujudah allah ..
dalam menguji makhluk istimewa ciptaan nya,
allah telah menurunkan wahyu kpd nabi saw melalui malaikat jibril ..
semua wahyu2 allah telah dinaskahkan didalam alquran ..

dalam rukun iman, antaranya adalah percaya kpd rasul dan alquran.

kemulian quran yg diturunkan dari luh mahfuz ke bait ai izzah dan akhirnya ke rasul saw ..
ayat2 yg turun dgn as bab al nuzul,
dan diperbahari dgn Nasikh Mansukh .. kitab yg terakhir yg diutuskan kpd rasul yg terakhir, kitab yg diutuskan kpd utusannya yg terakhir. yang membimbing manusia supaya tidak sesat jika berpandukan alquran dan sunah sunah rasul saw hingga kehari kiamat ...
mcm mana susah hatinya Omar meminta abu bakar mengumpul dan membukukan alquran setelah melihat ramai hafis2 gugur syahid dlm peperangan .. bagaimana zaid b thabit diminta membuat pengumpulan alquran dan memulakan susunan seperti yg kita baca sekarang ini ..
bertapa susah payah umat2 awal mengumpul utk membimbing kita di jalan yg lurus ..

bagaimana kita sekarang,
mempertikai, meragui dan memperleceh apa yg terkandung dalam alquran,
jelas akan melarikan akidah kita ..
hukum quran terutama hudud sekadar mcm satu dagangan yg boleh manarik atau menakutkan orang ramai. ramai yg sangsi dan tk percaya ianya dapat dilaksana ..

klu zaman nabi saw kaum kafir mekah yg amat kufur dan memang nyata menyekutukan allah dengan menyembah berhala berkerjasama dengan syaitan dalam mensyariatkan atau menetapkan perundangan atau peraturan yg sebenarnya tidak pernah disyariatkan oleh allah swt dapat dibentuk akidah nya utk menerima ajaran quran, kenapa umat2 islam sekarang yg dikata akidahnya mantap tp ragu2 dalam menerima hukum2 allah ..
Allah swt mencipta kita..
pastinya dia tahu apa yg terbaik utk makhluk ciptaan nya ..

tu belum soal poligami ..
berapa ramai yg membantah poligami ..
sedangkan ianya halal pada hukum syarak ..

sekadar menyentuh 2 isu yg kerap diperlecehkan sedangkan kedua perkara ni adalah sebahagian dari akidah islam ..
lari akidah adalah bagikan menarik rambut di tepung . begitu halus.. rambut tk putus dan tepung tk rosak ..
di harap perhimpunan tu dapat meningkatkan kefahaman akidah dalam tidak meragui wahyu2 yg diturunkan kpd Nabi saw melalui jibril ..

semoga perhimpunan tersebut dapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt ...

Monday, September 12, 2011

UPSR ... Semoga mereka di permudahkan ....

salam 15 syawal.

rasanya awal tahun ni aby ada tulis mengenai program Mentor Mentee ..
satu program utk ibu bapa, anak2, bagi menghadapi peperiksaan UPSR yg akan diduduki pd thn ini ..



mlm jumaat lps,
bersama sama ibu bapa yg lain, aby mengikuti program bacaan Yassin dan sembahyang
hajat yg dianjur oleh pihak sekolah utk mempermudahkan anak menghadapai UPSR nanti ..yg menarik apa yg dikata oleh ustaz yg jadi pengurusi majlis,
"kpd sesiapa yg belum berpuasa 6 dan ada niat utk berpuasa 6, elok la berpuasa pd hari yg sama dengan anak yg mengambil UPSR, semoga berkat ibu ayah berpuasa pd hari tu akan dipermudahkan anak2 kita menjawab soalan peperiksaan nanti"





Hari yg ditunggu tunggu dah tiba ..
tuition dan bimbingan dah diberi ..
terpulang kt anak2 melakar kejayaan sendiri ..

malam tadi jee dah memohon maaf dan minta halalkan makan minum dan perbuatan nya dan memohon doakan kejayaan...

kpd rakan2 yg ada anak menduduki peperiksaan UPSR,
aby doakan semoga mereka dipermudahkan allah swt utk menjawab soalan...

utk papa jee pula ..
klas dah mcm biasa ..



1 oktober pula papanya masuk dewan peperiksaan ...
adusss ...

Monday, September 5, 2011

Mengekalkan pencapaian ...

salam syawal rakan2 blog ..
dah masuk 8 syawal ..
jadual kehidupan dah kembali biasa ..
sarapan pagi, makan tengah hari diselang seli dengan minum2 ..

jemaah masjid pun dah kemabali seperti sebelum ramadan ..
klu masa kuliah subuh ramadan penceramah jemputan sering memuji yg subuh mcm jamaah magrib sekarang dah mcm biasa balik ...

sekadar coretan bila sekolah di buka kembali ..

petang semalam masa ambik anak laki aby yg umo 9 thn tu dengan semangat dia becakap,
"papa!!! ayish dapat 100".
dalam kepala aby tergambar dia dapat duit raya rm 100,
lalu aby pun tanya, "siapa bagi"
dia jwb "cikgu sekolah pagi yg bagi"
aby tanya lagi "kenapa banyak sangat dia bagi"
dia jwb "sbb ayish tk de salah, sume jawapan periksa sains ayish betul, tu yg dapat 100 markah" senyum sendiri aby dengar jwpan tu, rupa nya yg 100 tu adalah keputusan peperiksaan sain dia ...
lps tu katanya lagi ..
"masa kertas BM, bila cikgu cakap markah ayish 85% cikgu suruh bagi tepukan, sbb ayish jer pelajar lelaki yg dapat 85% yg lain2 markah tinggi pempuan" ...

teringat masa penggal kedua hari tu yg anak aby ni mogok 2 bulan tk masuk kelas dan mcm iktiar aby buat utk dia masuk ke kelas balik sampai kan tuang air penawar pada pintu kelas dia kot2 kerana gangguan makhuk lain ..

mase ambik report card hujung penggal tu, cikgu yg mengajar dia masing2 nak tau pencapaian dia sbb 2 bulan tk masuk klas dan buat peperiksaan pun dan bilek kaunselling. wlupun sekadar no 22 tetapi jumlah murid adalah 36 dan klas pertama,
mase tu mata pelajaran sain dapat 94%. farish tetap mendapat pujian cikgu sbb wlu lama tk dalam kelas, dia masih dapat mengalahkan yg ada dalam kelas ..

begitu juga dgn semalam, kata farish .. cikgu bercakap kt murid lain supaya mcm farish wlu lama tk masuk klas tp mata pelajarannya tk jatuh ...

lanjutan dari farish ni masuk klas balik,
cikgu2 ada bertanya, amalan atau petua apa yg aby guna sampaikan farish dapat masuk klas balik, adik beradik pun tanya juga sbb ada anak2 kwn mereka menghadapi masaalah mcm mana aby pernah hadapi ..
jwpan aby, syukur kpd allah swt yg dapat membuka hatinya utk masuk keklas balik ..

kejadian tu pun dah berlalu,

melihatkan keputusan sain2 nya yg sentiasa baik,
aby kena fikirkan satu formula supaya minat nya ke mata pelajaran sains ni sentiasa berkekalan. mungkin minat nya kt rancangan National Geography dan animal Planet banyak membantunya memberi kefahaman dalam pembelajaran nya ...

sementara tengah raya ni ..
rasanya belikan kt dia sesuatu yg diminatinya,
sebagai penghargaan atas pencapaian nya ..
meminjam kata2 nya ..
"ayish seronok sbb kali pertama dapat 100%" ..
semoga pencapaian nya bekekalan ..

link kpd crita yg farish tk masuk klas 2 bulan ...

http://satuperlumbaan.blogspot.com/2011/05/terima-kaseh-atas-kesabaran-mu-cikgu.html

Tuesday, August 30, 2011

coretan 1 syawal ...

salam syawal kepada rakan2 blog ..

Ramadhan dah berlalu,
1 syawal pun dah berlalu,
cepat masa berlalu,
yg tk puas berpuasa masa bulan ramadhan,
masih ada peluang menyambung puasa dalam bulan syawal ni,
yg dikata sebagai puasa enam.
kata riwayat puasa ramadhan bersamaan 10 bulan puasa,
manakala puasa 6, bersamaan dua bulan berpuasa,
bermakna klu kita berpuasa dalam bulan ramadhan dan berpuasa enam
kita seperti berpuasa sepanjang tahun ..

sekadar coretan 1 syawal ..

hati lembu didalam rendang daging yg dibuat terpaksa diambil keluar dan dibuang.
sbb bila makan rendang terasa sangat yg hati tu dah mcm berbau.
silap aby tk cium dulu masa beli,
tu yg bila masak tersa kelat bila dikunyah ..

nak dibuang semua sayang sbb hanya hati saja yg kelat
yg lain ok, so yg terbaik, pilih hati hati tu dan buang sebelum org lain termakan yg boleh menghilangkan selera makan mereka ...
alhamdullillah beres ...

cuma terdetik kt hati,
mcm mana penjual tu menjual dalam bulan ramadhan dengan menjual hati yg dah tk fresh .. ahh... biarla tu urusan dia dengan allah swt...

syawal masuk hari yg kedua ...
banyak rumah yg nak di ziarah lg ....

kepada rakan2 berhati hati dijalan raya ketika kita membuat ziarah ..
malang tidak berbau ..

maaf zahir batin dari aby sekeluarga ....



ini la putera dan puteri puteri ku ...

Tuesday, August 2, 2011

Hadith sebagai sumber Ilmu ..

salam ramadhan kpd semua yg membaca tulisan ni,
sebelum memulakan tulisan,
sekadar memberitahu yg teks N3 ni adalah petikan penuh dari Blog Kunang Kunang@ K hanim@ Kerdipan Rohani Blogspot yg bertajuk Lakukan Segalanya dengan Tenang.
aby sekadar nak memanjangkan topik ni apatah lg pada bulan yg mulia ni ..

ketika rasullullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuk seorang lelaki ke dalam
Masjid. Lelaki itu pun mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w., kemudian berdiri dan melakukan sholat. Ketika lelaki itu selesai melakukannya, ia pun menghampiri Rasulullah s.a.w. yang kemudian bersabda kepadanya. "Kembalilah untuk mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya".

Ia pun pergi menjauh dan melakukan sholat. Setelah selesai bersholat, lalu ia kembali lagi menghampiri Raulullah s.a.w., Rasulullah bersabda lagi kepada lelaki itu "kembalilah mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya". Lalu lelaki itu kembali pergi melakukan sholat. Setelah selesai medirikan sholat ia menghampiri Rasulullah s.a.w. lagi. Namun Rasulullah s.a.w. tetap bersabda,"Pergilah untuk mengerjakan sholat sebab engkau belum mengerjakannya!"

Lelaki itu akhirnya berkata. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik dari ini. Ajarilah saya, wahai Rasulullah!".

Rasulullah s.a.w. pun bersabda "Jika engkau mengerjakan sholat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat Al quran yang mudah, kemudian lakukan rukuk sampai kamu betul-betul rukuk dengan muthmainnah (tenang); lalu lakukan i'tidal sampai kamu betul-betul telah berdiri; lalu lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang, kemudian lakukan duduk sampai kamu betul-betul duduk dengan tenang; selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang. Biasakan ini dalam setiap (rakaat) sholat mu!" (HR. Al-Bukhari).

Begitulah Rasulullah s.a.w. megajarkan bagaimana seharusnya kita mengerjakan sholat!. Mudah-mudahan kita dapat praktikkan nasihat ini ketika kita mengerjakan sholat dan tidak lupa menjaga thuma'minah (ketenangan) dalam sholat kita.


selain dari tuntutan solat yg sempurna,
jauh lebih penting adalah sabdaan Nabi saw yg harus ditaati..

banyak ayat quran menyuruh kita mengikut dan mentaatai rasul saw,
antaranya adalah,

Wahai orang yg beriman! taatilah Allah dan Rasulnya .. (al anfal ayat 20 )
dan juga, Barang sesiapa yg mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati allah..
(An Nissa ayat 80 )

ayat2 yg membawa maksud,
ketaatan kpd allah swt terhadap perkara yg dinaskan dalam alquran dan ketaatan kpd rasul dalam setiap perintahnya yg tiada terdapat perintah allah didalam alquran ..

allah swt telah berfirman bahawa rasul swt adalah penjelas dan penerang kpd alquran.
seperti dalam firman nya ..
an nahl
[44]
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

penjelasan tersebut yg juga dipangil Hadith, Segala sesuatu yg disandarkan kpd nabi muhammad saw daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samaada sifat fisik atau akhlak, sirah samada sebelum atau sesudah menjadi rasul ..

hadith pula terbagi kepada 5 bahagian,

1.Hadith qawli, perkataan nabi atau sabdaan nya,
2. Hadith fi'li, iaitu perbuatan2 rasullullah, sebagai contoh, spt sabdaan baginda, Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat..
3.Hadith taqriri, iaitu perakuan nabi, sebagai contoh apabila ada org datang kepada nabi utk mengadu dan nabi diam tidak berkata apa apa, Diam nabi itu dianggap taqrir sbb yg pasti akan membantah sekiranya aduan tu tk mengikut tuntutan syariat.
4.Hadith Wasfi Khilqi, sifat fisikal nabi
5. Hadith Wasfi Khuluqi, berkenaan akhlak nabi saw ..

peranan hadith terhadap alquran pula,

1. Menjelaskan hukum2 yg datang secara umum.
alquran memerintahkan solat puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. tidak dijelaskan syarat2 nya, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yg dikenakan zakat, bagaimana perlaksanaan haji, sebagaimana tidak dinyatakan fakta lengkap mengenai puasa. Semua penjelasan2 dapat di rujuk kpd Hadith ..

2. Membataskan Hukum yg mutlak .
contoh ada firman allah yg bermaksud, mencuri hukuman nya potong tangan..
hadith la yg akan membataskan bahagian2 mana yg harus dipotong jika disabit kesalahan nya ..

3. Mengkhususkan yg umum ..
contoh pembahagian harta pesaka utk anak lelaki, perempuan serta perinciannya.

4. Menjelaskan yg samar,
contoh, terhadap ayat yg pd zahir nas adalah perkataan yg keras,
tetapi bila dalam hadis tafsir, perkataan tu tidak seperti yg digambarkan tetapi membawa maksud yg lain.

5. Menguatkan apa yg telah terdapat dalam Al Quran,
contoh, spt kefardhuan solat, Al Quran dan hadith menyebut perkara yg sama .

6. Menetapkan hukum yg didiamkan oleh al quran,
contoh,pengharaman mengkahwini seorang wanita bersama dengan ibu saudara samada sebelah ibu atau bapanya. Pengharaman emas dan sutera bagi lelaki dan pengharaman memakan binatang buas yg bertaring dan sebagainya ..

sekadar sedikit catatan bertapa pentingnya hadis,
sumber hukum kedua selepas alquran. sama seperti alquran, ketentuan hukum, halal, haram, harus,wajib dan sunat boleh di thabitkan dengannya. sebagai umat islam wajib beramal dengannya, berhukum dgn nya dan tidak boleh sama sekali menyanggahi nya.

ingatan allah terhadap ketaatan yg dinaskan dan sabdaan nabi terkandungan dalam firmanya,

Maka kpd mereka yg mengingkari perintahnya, allah juga memberi peringatan dalam surah al Ahzab,
[36]
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

cume yg sedikit mengecutkan adalah firman allah,
daripada surah baqarah,
ayat [159]
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu diLAKNAT oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

perkataan Laknat tu selalunya bila kita membuat dosa2 besar atau yg mungkar ..
tp menyembunyikan ilmu atau tidak menyebar ilmu,
adakah dalam laknat yg sama??

sekurang kurang nya,
tulisan aby kali ni terlepas dalam ketogori
menyembunyi ilmu ..

waullahhuaklam ..

Friday, July 29, 2011

Jumpa Tamparuli ingat Marsha AF3 .....

seharusnya aby sambung crita dan image masa di Sabah minggu lps sbb lebih 400 shot aby buat masa kt sana, tp dek kerana tugasan yg menyebabkan aby di luar kawasan beberapa hari lps, tk berkesempatan aby buat.. lagi pun lusa, insyallah kita mula puasa, so cerita2 puasa lebih menarik ..

walau bagaimana pun aby nak share sikit masa jumpa tempat ni ..
Tamparuli ..

semasa nak pergi ke Kundasang/Ranau tempat gunung Kinabalu,
ternampak tulisan Tamparuli ..
Tamparuli ni fames sbb dipopularkan oleh Marsha AF 3,
tahun yg ada Mawi,
disamping Felix dari Kota Belud dan Adam dari KK,

masih ingat lg aby yg dalam satu persembahan konsert AF waktu tu,
marsha ada nyanyikan lagu Jambatan Tamparuli ..
dan banyak dia bercakap pasal jambatan Tamparuli tu ..



jadi nya bila nampak sign Tamparuli,
keinginan nak tengok jambatan yg sering di cakap oleh Marsha tu agak kuat juga ..
akhir nya kami jumpa juga ..





apalagi, tk nak lepaskan la naik kejambatan ni ..
suspen juga masa berjalan,
bergoyang goyang ..



agaknya,
kt jambatan ni juga,
remaja2 Tamparuli ngurau mengurat kot ..
termasuk la marsha ni,
sebelum dia femes ...



suasana di atas jambatan tu ..



gambar agak gelap sbb hari dah masuk senja ..
kami datang sini on the way balik dari Kudasang utk ke hotel di KK ...

apapun ..
sempena Ramadan yg akan sampai lusa,
aby ucapan selamat Berpuasa kpd semua yg membaca N3 ni,
semoga kita mendapat keberkatan sepanjang kita menjalani ibadat disepanjang bulan ramadan nanti ...
ameen ...

Sunday, July 24, 2011

Tanjung Simpang Mengayau, Tips of Borneo ....

minggu lps aby bercuti dengan anak2 ke Sabah ..
destinasi utk jenjalan disana dah plan awal awal,
buat goggle search utk tempat2 yg menarik ..

sampai di KKIA T2 ..



tengah tunggu kereta sewa ..
dah buat arrangement seblm datang sini ..



Destinasi pertama yg dituju selepas check in kt home stay,
Tanjung Simpang Mengayau,
satu tempat di Kudat, 190 km dari kota Kinabalu,
tp nak menyampaikan kesana jalan raya nya bukan la mcm hiway PLUS kt sini,
letih juga la melalui jalan2 bukit yg rosak rosak ..

sebagaian jalan menyampaikan ke tempat tu...





pemandangan rumah2 mcm ni adalah pemandangan biasa dalam perjalanan tu,



sampai ke tempat yg dituju,
dari jauh dah nampak globe Tips Of Borneo ..
di kata,
tempat ni bukan saja titik paling atas dibumi Borneo,
malah disini juga adalah pertemuan antara Laut Cina Selatan disebelah Barat dan Laut Sulu di sebelah Timur.



berjalan menuju kearah globe



Cantik pantai dia dan air lautnya juga amat jernih,
nampak batu batu didasarnya





globe penanda yg kita berada di titik paling atas dibumi Borneo






WE ARE HERE,
tu yg dimaksudkan tempat yg paling penghujung tu ..



yg menariknya,
ada beberapa pondok menjual cengkerang2 siput dan batu2 karang ..
bila tanya pada penjual ni dapat kt mana,
depa jwb, dapat dari penyelam2 kt kawasan tu..





utk hari pertama,
kesini saja destinasi kami disamping ke pekan Kudat,
on the way balik, dalam keadaan yg dah gelap,
singgah di satu kedai usang kt satu kampung,
sbb nak beli mineral water,
masuk masuk kekedai tu,
depa tengah makan jagung rebus,
masih panas lg sbb baru keluar dari periuk,

masa berbual bual dgn tuan kedai dan mengetahui kami dari semenanjung,
dengan murah hati depa tawarkan aby jagung yg kt dalam pinggan tu ..
katanya, "tak perlu bayar, ambik saja, ambik untuk semua yg ada dalam kereta tu"
namun aby nak bayar juga,
tp depa tetap tk ambil duit ..
so, terima kasih jer kt depa tu ...

mulia sungguh hati pekedai tu wlupun sekadar kedai usang ..

sampai umah dah hampir jam 10 mlm ..
tk kemana lg ..
habis jalan hari pertama ..