Thursday, June 16, 2011

Bila Masjid membuat Pengumuman



pejabat aby tk jauh dari masjid Sultan Sulaiman ni ..
di gelar juga dengan nama masjid Sultan,
sbb masjid kt kaki bukit Istana Alam Shah,
kira masjid ni masjid rasmi Istana Alam Shah la ..
jarak antara masjid ni dengan pejabat aby pula hanya beberatus meter ..

yg aby nak bawak kali ni ialah bila waktu kita tengah kt pejabat,
terdengar pengumuman dari pembesar suara masjid,

"assalamualaikum warohmatullah hitaala wabarokatuh .."
"adalah dimaklumkan sifulan bin sipulan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada pukul
sekian sekian.. mayat nya akan disemadikan diperkuburan .... pada wktu xxxx "

bila mendengar pengumuman tu,
akan tersebutla "innalillahi wainnailaikum rojiun"
sekali gus menghadiakan fathihah pada arwah ...

bila bercakap psl mati ..
teringat aby pembelajaran pengajian ..

bahawa manusia ni terbahagi pada 3 golongan dalam mengingati mati.

golongan pertama,
golongan yg tk takut mati.
manusia yg tengelam dalam dunia.
mereka ni tk takut mati sbb pada mereka lps mati tidak ada apa2 lg.
pada mereka kehudupan ni hanyalah semasa mereka bernafas,
tk perlu iman, taqwa atau beribadat utk belalan hari selepas mati .
mati adalah satu titik noktah satu kehidupan ..
tu yg golongan ni tk takut mati ..

golonggan kedua,
golonggon yg takutkan mati,
golonggan yg bertaubat dan memulakan amal untuk menuju keakhirat. mereka sentiasa memperbanyakan memperingati mati supaya hatinya sentiasa takut dan gementar kpd azab allah swt. golongan ni takutkan mati kerana takut ia datang sebelum mereka sempat melaksanakan tuntutan taubat sepenuhnya serta sebelum mengutip bekalan yang mencukupi
utk dibawa keakhirat.

golonggan ketiga,
golonggan yg tidak takut mati,
golonggan yg tahu tanggung jawab dan sentiasa cenderung ke akhirat.
golonggan ini sentiasa ingat kpd mati kerana ia merupakan janji allah swt yg tidak akan berubah.golonggan ini seperti amat mencintai mati disebabkan mereka sentiasa menanti nanti utk bertemu dgn orang yg dikasihi. golongganni menganggap mati sebagai melepaskan diri dari penjara dunia dan membolehkan dia berpindah kesisi org yg dicintai, nabi muhammad saw ..

mcm mana dengan kita,
adakah kita menggunakan akal dan sentiasa memerhatikan peningkatan usia yg berperingkat peringkat, dari zaman kanak2, zaman muda dewasa lps tu zaman tua yg lps tu pasti menemui maut.
bagaimana klu nama kita pun yg disebut dipengumuman masjid tu...

sudahkan kita mempersediakah diri kita dengan iman dan amal soleh utk kehudupan yg lebih kekal abadi didalam suasana yg penuh kenikmatan serta berusaha utk melepaskan diri daripada azab api neraka yang pedih ..

Saturday, June 11, 2011

Nota untuk Diri



teringat masa aby mula masuk sekolah menengah dulu,
mata pelajaran commercial studies,
aby di perkenalkan dgn What is Human Need,
dan aby diajarkan, Human needs,
Food, Shelter and clotching ..
gitu la yg diajar,
keperluan manusia adalah,
makanan, perlindungan dan pakaian ..

masa berlalu...
bila aby dah tua2 mcm ni baru tau,
What is human Need,
sbb bila bercakap psl Human ni,
tk akan lari dari eleman roh dan jasad,
jasad ada need nya sendiri,
gitu juga dgn roh, ada Need nya sendiri ..

namun bila menyebut jasad,
ia adalah umpama tubuh kita,
boleh diperhatikan secara zahir, boleh membesar dan bergerak,
roh pula,tidak boleh diperhatikan oleh pancaindra , namun wujud dan berfungsi dalam diri kita dan unsur2 nya adalah berfikir, ilmu, keinginan, cinta, sayang, marah, berakhlak mulia atau keji, sekadar beberapa contoh ..

mcm mana pula dgn Need kpd dua elemen ni,
jasad, pastinya mcm yg aby pelajari masa pelajaran Commercial Studies tu,
roh pula, mempunyai Need dan keinginan utk berakhlak mulia, berilmu tinggi,mengikhlaskan diri utk mencapai keredaan allah swt ...

bagaimana pula kehidupan jasad ni seharian ..
mcm mana nak memainkan peranan sebagai hamba dan khalifah,

manusia dicipta utk beribadat pada allah swt,
menjadi hamba yg mana perlu mengabdikan diri setulus hatinya pada Allah swt,
namun manusia juga diutus allah utk mejadi khalifah di bumi ini,
utk mencapai tujuan ni,
diri perlula diisi dengan ilmu pengetahuan yg bekaitan dengan tugasan2 yg dipikul
dan perlunya ada sifat terpuji yg akan mendindingi diri dari melakukan peyelewengan dari tugasan nya ..

sempena hari ulang tahun kelahiran aby hari ni ..
mampu ka aby manjaga jasad ni supaya tk terleka dgn Human Needs yg kerap terarah kpd Hubbun Dunya ..
mampu ke aby meningkatakan ketakwaan dalam menjaga roh supaya sentiasa dijalan yg lurus,
sebagai hamba, mampukah aby istiqomah beribadah mengikut tuntutan syariat yg telah difardukan keatas diri ini ..
dan sebagai khlifah .. memang pasti aby tk mampu, namun aby juga tk mahu ketinggalan utk menambah ilmu utk kebaikan dunia dan akhirat ...

dgn umo yg berbaki,
harapan aby semoga setiap langkah yg diambil, setiap nafas sedut, setiap rezeki yg terima, biar la semuanya dapat keredaan Allah swt ...

insyallah ...

p/s, sempena hari kelahiran aby pastekan nasyid yg amat disukai ..
boleh menitik air mata bila mengikut maksud disebalik ayat2 tu ...

Wednesday, June 8, 2011

Melayan Gajah d Kuala Gandah ..

cuti sekolah dah masuk minggu kedua ..
dalam keadaan tugasan yg agak padat,
tk dapat nak berjalan dgn anak yg makan masa berhari ..
namun masa cuti Hari Agung, dapat juga luangkan masa bawak anak berjalan ..



tempat pilihan, Pusat Konsevasi Gajah,
di Lanchang, Pahang.
bawak budak2 tu tengok gajah dengan lebih dekat.



ramai penyunjung hari tu,
mungkin sbb public holiday dan cuti sekolah sekali,
ni depa kt tepi sungei utk menyaksikan sendiri mcm mana gajah mandi ..



masuk dalam sungei utk join gajah mandi pun boleh..



selalu dengar badak berendam.
tp kali ni tengok Gajah Berendam ...



having fun betul 2 ekoq anak gajah ni..



gamba 2 anak aby bersama gajah,
yg bertudung tu Jee,
dan yg berspec tu Sheila ..



aksi2 gajah,
mendengar kata gajah2 ni,
bila tuan kata duduk gajah tu duduk.



bila kata baring, gajah tu pun baring juga ..
memang pandai jurulatih tu,
gajah pun dia boleh bentuk mengikut kata.



tengok gajah ni minum susu,



makan ...



yg best tengok gajah dewasa,
baik la sikit dari tengok gajah kt zoo negara tu ..



bukan senang nak tengok gajah gajah didepan mata mcm ni.
Pusat konservasi ni yg kedudukan nya kt kawasan hutan,
memang sesuai utk pemuliharaan gajah.



yg best nya,
masuk free jer.
bila kuar dari kawasan tu,
tanya anak2,
"macam mane? best tk tengok gajah betul dpn mata!!"
sume kata "Bestttt, Lain kali datang lg papa"
insyallah ...

kira berjalan sambail belajar la ..
pembelajaran pemulihan Haiwan...

Thursday, June 2, 2011

Berapa $$$$ dalam Packet ...


cuti2 sekolah ni memang banyak kenduri kahwin.
bila pergi menghadiri kenduri, yg pasti kita akan menyumbang.
brapa agaknya sumbangan kita.
adakah kita menyumbang secara ikhlas,
atau kita menyumbang mengikut saiz anak2 yg kita bawa berpadan dgn nilai klu makan di luar, atau kawan yg mendirikan rumah tangga tu ada kepentingan dalam urusan kerja kita, jadi kita ambik kesempatan menyumbang lebih pd hari perkahwinan dia atau kita menyumbang sebagai satu simpanan atau pelaburan mcm masyarakat Jawa ..

itu yg aby nak bawa dalam N3 ni.

orang jawa menyumbang pada hari perkahwinan sebagai menabung atau pelaburan.
kerap penyumbang akan meletak nama pada envelop.
jadi kita tau sapa penyumbang2 kpd kite,
menyumbang RM50/ adalah biasa bagi masyarakat jawa.

menerima memang seronok,
tp bila kena timbal balik tu yg masaalah,
tu yg kerap didengar bila musim2 kenduri2 mcm ni
apabila nak bertandang kerumah yg pernah menyumbang semasa yg lain pernah buat kenduri, semacam satu tekanan utk yg buat kenduri awal ni utk memulangkan balik apa yg org lain pernah beri. apatah bila ketika musim kenduri kewangan tk steady ..

tu yg kadang2 aby suarakan kt keluarga ..
kenapa kita tk menyumbang secara ikhlas,
biarla depa menyumbang rm50/, kita menyumbang balas ngikut kemampuan kita.
tk payah kite ikut rentak depa tu,
mungkin depa tu rezeki lebih waktu.
klu menyumbang diluar kemampuan tapi menjerat belanja sendiri,
rasenya tk la beberapa elok ..

tp...
biar mati emak jangan mati adat,
apa yg diterima harus di pulangkan kembali dan
kebanyakan org jawa masih mengamalkan budaya menyumbang sebagai satu simpanan.
kecuali jawa2 yg dah celup mcm aby ni ..

bagi yg belum pernah membuat kenduri kahwin mungkin tk rasa,

tp bila dh buat kenduri kahwin utk anak sendiri,
dan menerima sumbangkan yg bertulis nama,
agaknya aby pun akan ikut rentak budaya Jawa juga ..
kembalikan yg diterima ..

kt meja ada beberapa keping jemputan kahwin ..
tk pe..
tk masaalah, sbb aby belum tertakluk mengembalikan yg diterima.
sekadar menyumbang megikut kemampuan ...