Sunday, September 4, 2016

Merdeka Ride 2016

salam rakan2 blog ..
wlupun sambutan Merdeka dah 5 hari berlalu, namun disana sini masih banyak berbicara psl semangat Merdeka ..
banyak juga baca entri2 merdeka rakan2 blog ..
teringin nak buat entri Merdeka setelah mengikuti Merdeka Ride grup kami dengan jarak ride 900km ..
bermula dan berkumpul di BHP selepas toll gombak  


bergambar ketika berkumpul ..
memang semangat merdeka betul ..




yang selalu kepantai timur pasti tau tempat ini,..
penghujung hiway Gua Musang sebelum masuk ke jalan biasa ..






berhenti di sini sbb tertarik dengan pemandangan bukit2 tu


Merdeka Merdeka Merdeka ..


dari Gua Musang ambil jalan Dabong masuk ke Jeli ..


diJeli makan di kedai sebelum memasuki jalan ke grik ..
sedap ayam berempah disini .. harga pun murah 


dihentian lebuh raya Grik/ Jeli . berhenti untuk mengisi perut dah menunaikan kewajipan ..
selepas menempuh hujan sebelum sampai di situ, terasa kesejukan ketika disini




 masih d hentian ni lagi.
sempat merentang bendera lg utk Merdeka Ride ni ..


berhenti sebentar dijambatan Tasek Banding ..



sempat bergambar bersama ..


dari tasek banding, menuju ke Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar sebelum ke Kuala Lumpur ..
ketika perjalanan ke Kuala Kangsar, menempoh hujan lebat ..
banyak terpisah ketika ini sbb berhenti berteduh tidak ditempat yg sama ..
kegelapan selepas magrib dan dengan hujan lebat tidak perasan rakan memusing ketepi utk mencari tempat berteduh ..
alhamdulillah, bila hujan reda kesemua berkumpul di Hentian Sungei Perak sebelum gerak bersama utk pulang ke Kuala Lumpur